#14 Australia 2014 : Day 5 Part 2 | Ronda-Ronda Melbourne CBD


Assalamualaikum

Jom jalan-jalan Melbourne CBD!


Bercinta nak habiskan entry kesemua hari percutian di Melbourne ni. Insya Allah akan kugigihkan tangan ini menaip dan akan kuperah mindaku ini untuk mengingati semula setiap momen-momen indah di sana. Ceeewah!

Ini sambungan entry terdahulu [ Day 5, Part 1 ]

Dari UniMelb kami berjalan kaki je ikut kaki melangkah. Yang penting asal sampai ke ACMI Melbourne sahaja. Jadi bila ikut balik gamba-gamba yang kami snap rupanya ini lah laluan yang kami berjalan sepanjang pagi Jumaat ni. 

Sekali lagi tak sedar yang kami lalu State Library Of Victoria. Aduhai terlepas lagi. Memang nak sangat masuk dalam ni cuci mata sebab mahu tengok seni bina dalam library ni. 





Mula-mula kami terjumpa 'The Old Melbourne Goal' . Tempat apa ni?

"The Old Melbourne Gaol is a museum and former prison located in Russell Street, Melbourne, Victoria, Australia. It was first constructed starting in 1839, and during its operation as a prison between 1842 and 1929, it held and executed some of Australia's most notorious criminals, including bushranger Ned Kelly and serial killer Frederick Bailey Deeming. In total, 133 people were executed by hanging. Though it was used briefly during World War II, it formally ceased operating as a prison in 1924; with parts of the gaol being incorporated into the RMIT University, and the rest becoming a museum. " - Wiki


The Old Melbourne Goal. Tapi bila masuk dalam ni ada RMIT Spiritual Centre, Franklin Street.



"The three-storey museum displays information and memorabilia of the prisoners and staff, including death masks of the executed criminals. At one time the museum displayed Ned Kelly's skull, before it was stolen in 1978; as well as the pencil used by wrongly convicted Colin Campbell Ross to protest his innocence in writing, before being executed. Paranormal enthusiasts claim the museum is haunted, with claims of ghostly apparitions and unexplained voices near cells." - wiki


Kami tak masuk pun. Tak pasti berapa bayaran yang dikenakan untuk masuk dalam muzium ni. Nampak macam sunyi takda orang je. SERAMM! Okeh dah puas kami cuci mata sekitar penjara yang sunyi sepi takda orang ni, kita teruskan lagi jalan-jalan ke tempat lain. 





Tak jauh dari sini, nampak bangunan 'The Old City Police Watch House'. Rasanya nak masuk dalam ni sekali dengan tour 'The Old Melbourne Goal'.



The Old City Police Watch House

Then nampak dak tu si tudung biru kat bawah ni ala-ala jakun pulak tengok bangunan ni. Rustic habis. Dah sampai hujung baru tau ini Royal Melbourne Institute of Technology  atau lebih dikenali dengan RMIT University (former Magistrate Court). Ehemm.. tempat si cantik Ummi Nazeera belajar nih.




RMIT University, Building 20, Former Magistrate Court
Louis Vuitton, 139 Collins St, Melbourne VICTORIA |  Operation hours: 10:00 am – 6:00 pm
Hosier Lane atau Street Art. Penuh dengan macam-macam Graffiti. 

Flinders Street
ACMI, Australian Centre for the Moving Image, Flinders Street
St Paul's Cathedral Melbourne, Corner Flinders Lane and Swanston Street, Melbourne VIC

Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Senyum!

Kitorang masuk dalam Melbourne Visitor Centre ni untuk minta bantuan. Makcik-makcik bersara yang entertain kitorang. 

Kami tanya berkenaan MyKi. Elyn pinjamkan kami 2 kad MyKi. Jadi kami perlu top-up je. Satu kad berjaya top-up tetapi satu kad lagi gagal top-up. Jadi kami kene pergi Customer Service dalam Flinders Street Station. Mujurla yang beratur tak ramai. Sesiapa yang nak beli MyKi boleh datang beli sini jugak. Boleh top-up di 7E yang ada di sekitar Melbourne atau mana-mana kedai yang ada sign topup MyKi. Mereka replace kad kami dengan kad baru. Tak lama mana menunggu, kejup je memang dah selesai. Yang kelakar nya orang yang bertugas tadi macam cakap Cina dengan suami. Hihi. Ingatkan di Hong Kong je, di Aussie pun sama. Hew Hew hew *gaya gelak tahun 2014*






Singgah dulu di Pandora untuk topup charm baru. Kononnya tanda kenangan dah sampai ke Melbourne. Ahaks. FYI, Pandora di sini jauh lebih murah dari Malaysia. Beza untuk 1 charm dalam RM10-RM20. Itu satu, kalau beli banyak2 nak penuhkan 1 gelang, tak ke berbaloi-baloi.

Sebelum pulang singgah sekali lagi di Vic Market untuk top-up souveniers yang patut. Oh dan juga datang semula untuk cari 'Queenskin Lanolin Cream with Vitamin E yang memang made in Australia.  Orang yang kirim sebenarnya. Typical orang Malaysia yang bila membeli nak free gift. Buy 6 FREE 1. Jadi saya dapat free gift moisturizer nih. Hahah. Boleh sapu di muka dan seluruh badan. Bau memang ohsem!

Kami sampai Tune Hotel semula tepat jam 11am. Pheww! Inform awal-awal di kaunter yang kami dah terlewat check-out. Mujurlah ok je. Naik atas kemas-kemas, touch up sikit muka yang dah peluh2 manja tu dan turun semula untuk check-out. Bye Tune Hotel. 

Lepas ni nak jumpa Elyn di Barkley Square. Kene naik tram nak ke sana. Jadi cerita ini bersambung lagi. Hihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan