Jeju Road Trip Nov 2015 : Day 4.1 Pulau Udo Pulau Cantik di Pulau Jeju



Macam mana cara nak pergi Udo Island dari Jeju?
Naik feri dari Seongsan Port/Harbour yang terletak tak jauh dari Seongsan Ilchulbong Peak tadi. Plan ke Udo ni last minute. Tiada proper plan dan redah aje. Info semua cari masa masa on the way nak ke sana aje. Mujur beli SIMKAD! Mula-mula sampai kiteorang sesat masuk port. Pergi masuk tempat punggah kontena. Nampak balai polis yang lambang macam helang! Suami masuk dalam tanya polis. Dan mereka sangat membantu! Rupanya bangunan sebelah aje. 

GPS no. 7843136. Tak jauh dari Udo Island Submarine. Boleh nampak banyak parking spaces kat sini. Masa kiteorang sampi ni kosong lagi! U-la-la-la-la kan. Tengok jam pukul 8.56am. Jadual feri bulan 11 gerak sejam sekali. Apa lagi masing-masing bukak langkah seribu berlari tercungap-cungap masuk dalam beli tiket. Tak sanggup pulak nak tunggu next feri jam 10am. 


Seongson Waiting Room a.k.a Seongsan Port / Harbour
Kaunter tiket feri ke Udo Island


Sampai dalam...dey, no english sign ka? Sebab takde orang, terus pergi kaunter dan sebut perkataan Udo-Udo-Udo-Udo sambil tercungap-cungap. Tanya panjang-panjang pun tak paham. Kikiki. Dia jawab balik dalam bahasa kpop minta kiteorang isi form yang ada atas meja tak jauh dari kaunter. Perlu isi nama, umur, no tel dan alamat. Lepas isi pergi kaunter semula untuk beli tiket. Selesai beli tiket berlari pergi ke ferry yang masih belum gerak lagi. Tengah sibuk load kereta masuk dalam feri. Phew lega hakak! Pagi-pagi ni orang tak ramai.



Harga tiket ke Udo Island.
Tiket harga 5,500W seorang untuk round-trip.
Kalau nak bawak masuk kereta pun boleh.
 

Perjalanan ke Udo Island 15 minit - 3.8km

Sudah kelihatan Udo Island yang cantik

Udo Tour Bus. Harga 5,000W per person


Perjalanan ke Udo memakan masa kira-kira 15-20 minit. Udo adalah pulau kecil yang terletak di Timur Pulau Jeju. Bentuk pulau mirip lembu yang sedang berbaring, disebabkan itu dinamakan Udo. Seluruh Udo adalah dataran lava dan tanah rendah yang subur dan menjadi tempat pertanian utama seperti kentang manis, bawang putih, dan kacang tanah. Udo pun ada haenyeo (female free diver). Selain tu, Udo juga seperti Jeju kaya dengan keunikan alam sekitar. Jika di Jeju ada Seongsan Ilchulbong (Seongsan Sunrise Peak), di Udo ada Udo Peak. 

Ada 2 course untuk keliling Udo. 
Pertama: hiking trail menuju Udo Peak (2km): Udo Peak - Deungdae (Lighthouse) Muzium - Jiducheongsa - Jeonjingwansan Mountain. 

Kedua: Beachside road mengelilingi Udo (13km).

Untuk mengelilingi Udo ada 5 cara. 
1. Drive sendiri dengan bawa masuk kereta yang disewa dari Jeju.
2. Naik Village Shuttle Bus. Harga tiket 800W setiap orang.
3. Naik Udo Tour Bus (all day ticket 5,000 KRW). 
4. Sewa ATV. Perlu IDP. Harga 25,000W seorang.
5. Sewa Basikal. Harga 10,000W setiap orang untuk 3 jam. Kalau korang dari geng basikal yang dah selalu naik bukit bolehla ambik option ni. Mesti syok. 


Kami pilih option-3. Senang takperlu nak fikir banyak. Takperlu guna tenaga banyak. Lepas bayar tiket kami diberi tag untuk gantung kat leher. So kita gantung ajela. Udo Bus Tour akan pergi ke beberapa stesen di keliling Udo. Terpulang berapa lain masa kita nak stay di station tersebut. Bas akan sentiasa ada ronda keliling Udo. Jangan tersilap dengan Udo shuttle bus pulak! Camne nak kenal bus yang mana nanti? Driver akan explain nanti. Walaupun berbeza pemahaman bahasa, tapi percayalah korang pasti boleh paham. Heheh. Dah naik bus bersedia untuk dengar penerangan tentang Udo Island yang memang tak akan paham sampai bila-bila. Maka ko tercengang ajela. 


First station, Udobong Peak. Di sini memang cantik sangat! Bolehla nak buat course 1. Hiking 2km. Kiteorang skip. Dah masuk hari ke-4, pagi petang siang malam hiking. Tak larat wei. Nak tercabut tapak kaki. Dah la ada 6 hari lagi nak berjalan sekitar Seoul pulak. Tapi tuela, harini menyesal pulak tak hiking. So sebelum korang ke Jeju, sila workout banyak-banyak! Kalau nak ke tempat-tempat alam semulajadi yang ohsem-ohsem, kebanyakkannya di tempat-tempat tinggi yang memerlukan aktiviti hiking!!!



Udobong Peak. Ada trail ke lighhouse di atas tu ya. Siap siaga kan kaki sahaja.

Kite ronda-ronda bawah ni je la. Tak larat dah nak hiking. Bawah ni je pun dah spent setengah jam

Berlapis-lapis batu-batuan di sini. Unik. Tak dapat pergi Yongmeori sini pun ada.


Terpegun dengan keindahan alam kat sini.

Station kedua:  Hongjodangoe Haebin Beach (rasanyalah!)


Pose dulu sementara takde orang

Aman damai dan langit biru Udo Island ni

Flora yang ada di Udo Island

Ada Ahjumma tolong ambilkan. 감사합니다 – kam sa ham ni da.
Siap suruh buat macam-macam posing. Haih!
Nah ambik pose orang tua! LOL.

Algae. Tak reti la nak describe pemandangan kat sini. Algae pun cantik.

The specialties of Udo. Turban Shell.


Station ketiga: Hagosudong Beach


Hagosudong Beach terdiri daripada serbuk cengkerang. Air laut yang cetek dan pantai yang luas! Sesuai untuk pelancong dan orang tempatan bersantai juga beristirehat. Laut pun membiru dah macam laut Mediterranean.

Station keempat Seobinbaeksa Beach. Pantai yang terdiri daripada serpihan karang.  Tapi tak sesuai untuk mandi-manda sebab laut dalam. Kedua-dua pantai ini disenaraikan sebagai 'Natural Monument of Korea' pada tahun 2004.


Mermaid tunggal di Hagasudong Beach

Jernih dan bersih

Haenyeo

Sebelum balik, jangan lupa naik speed boat. Nampak orang jerit-jerit kegembiraan naik speed boat. Ingatkan takde mende. Redha ajela. Takda rezeki. Sebenarnya ini merupakan aktiviti PALING BEST di UDO Island. Harga 10,000W per person. Ini kesilapan terbesar kiteorang kat sini (sebab taktahu). Kalau naik speed boat kita akan dibawa tengok tiga daripada 8 pemandangan menakjubkan di Udo Island.

1. Ju-Gan-Myeong-Weol - sea cave
2. Dong-An-Gyeong-Gul - cave under the cliff Udobong Peak
3. Hu-Hae-Seok-Byeok - Udobong Peak's strange rock formation and cliff

Ahhh kene ripit!

Feri ke Seongsan Port

Banyak burung camar





Kalau naik Udo Tour Bus 3-4 jam dah boleh selesai lawat satu pulau. Jadi elokla spent separuh hari atau seharian di sini untuk tawaf dan explore satu pulau. Pasti lebih banyak kemisterian & keajaiban alam yang boleh discover. 


Harap-harap satu hari nanti boleh datang semula ke sini =)



2 ulasan:

  1. Hi... assalamualaikum..
    nak tanya.. kalau nak naik speed boat tu stop ke berapa ya?

    BalasPadam