Resort Di Dalam Kebun Sawit | Sahom Valley Resort




Assalamualaikum and hello dear followers, sorry for being not active for a long time. Saudara saudari sekalian tau tak ada Resort super cantik lawa gorgeous dalam kebun sawit di area Kampar Perak nuh. Orang Perak mungkin tau. Luar dari Perak, mesti tak tahu! Meh nak citer.

Okay. Sit back, relax & enjoy reading ;)

Backpack style! Tetap nak pakai dUCk masuk kebun. Hiks.


Sahom Valley Agro & Eco Resort terletak di Kampar Perak. Di Kampung Sahom. Luas kebun sawit ni dalam 20 hektar. Luasssss. Berdekatan dengan Gua Tempurung. Dari Selatan mudah kalau exit di Tol Gopeng jika nak ke Sahom Valley ni. Macam mana tahu lokasi ni? Memang sungguh tak tahu. I tau Maldives, Mauritius, Mersing taula..Sahom Valley yup pertama kali kedengaran di telingaku. 

Akhirnya kami semua setuju untuk bercuti 2 hari satu malam ke Perak. Ayahanda pun sepatutnya balik kampung sanggup postponed one day. Ini semua gara2 terpesona dengan ajakan makteh yang beriya-iya telefon Bonda doploh kali. Tak cukup dengan itu siap hantar pulak lagi gambar2 di whatsapp *makteh kalau baca ni jangan marah! Hiks* Suruh usha pulak FB : Sahom Valley Resort. Asbab yang kami setuju tu lebih kepada nak makan durian kat sana. Dengar2 tengah musim di Perak + murah + siap ada kebun lagi seolah-olah boleh makan sepuas hati. Maklumlah durian sekilo kat sini Rm15! Beli sebiji share 8 orang. Mana cukup.

Aleesya Haura sanggup ponteng school gara-gara disogokkan dengan perkataan "DURIAN" Makcik kecik tu memang HANTU DURIAN


Lebih kurang 3 jam plus minus selamat sampai kami di Malim Nawar sebelum check in di Sahom Valley. 


Sampai sama dijamu bubur durian, lunch kampung style dan makan rambutan fresh from kebun. Kerabu mangga dan ikan kering yang dikail dari sungai tu memang mengencesss!


Pastu bila perut dah gembira sehati berdansa sarung boot kuning Pua Chu Kang masuk kebun pungut durian. Meleles air liur bila sebut durian. Aleesya pulak sepanjang perjalanan memang berzikir dengan keenakan dan rasa terujanya nak pi makan durian. Akhirnya setelah korek-korek dalam semak dapatlah 3 biji saiz mini durian kampung. Miahahahah. Ok masa ni salahkan imiginasi dalam kepala yang membayangkan durian pelbagai gred melimpah ruah berbakul-bakul dihidangkan di depan mata 😆 

Dah petang sikit kami ramai-ramai bergerak ke Sahom Valley. Rupanya Uncle Sidek (adik ipar makteh) ada share dalam resort ni. Makanya kami menginap percuma di sini! Yahooo *tepuk tangan* 


Hari biasa bolehlah nak menginap percuma. Hari Sabtu, Ahad jangan harap memang full house! Kami menginap di Kampung Warisan. Paling best dapat merasa Suite Kampung Warisan *tepuk tangan lagi* 


Suits Kampung Warisan


View depan bilik. Buka pintu bilik nampak kayu besar ni. Air jernih


Konsep klasik tradisional. Very kampung style zaman 80-an. Katil tinggi. Jatuh confirm benjol kepala. Ada loteng.


OMG! Bilik air terlalu open sangat ni. Malu dengan pokok keladi tu. Bertabahlah Azie oiiii. Buang air besar kecik siap2 sebelum senja okey


My morning view. MashaAllah!


Tempat beristirehat seisi keluarga. Dalam bilik takde TV uols


Swimming pool & open field area (boleh bbq). Tempat kami breakfast, lunch & dinner


Masing-masing tukar baju terjun kolam. Termasuklah Tok Abahnya :)


Air kolam fresh dari gunung. Mandi pepagi memang sejuk menggigil

Nampak macam takde orang lain kan. Memang kita-kita sahaja! Barulah terasa nikmat bercuti di Resort dengan aman dan tenang.

Lounge Area

Sesi makan durian kali keberapa tah. Lost count. Finally dapat juga makan durian ikut nafsu.

Durian kat sini ada yang harga borong RM2 sekilo. Ada yang RM5 sekilo. Murah sangat

Kawan baru Aleesya Haura. Percaya tak depa ni sama umur?!

Kemain lagi aksinya depan pintu tandas!

Peralatan zaman dulu kala yang Azie jumpa sekitar resort


Ahli rombongan! Alhamdulillah.

Ada 4 kawasan penginapan utama. Kalau nak pi sana recommend sewa satu kampung khas uuntuk family sahaja. Tak bercampur dengan orang lain. Barulah private resort namanya.

1. Villa Kampung Warisan 
( 1 Suite Chalet, 4 Superior Semi-Detach Chalets, Multi Purpose Hall, Lounge Area -tempat tgk tv, Dining Area, Changing Room, Swimming pool & open field) 

2. Villa Kampung Tepian Sungai 
(1 Main Chalet, 4 Semi-Detach Chalets, Multi Purpose Hall, Lounge Area, Dining Area, Changing Room, Swimming pool & open field) 

3. Villa Kampung Buloh 
(Terletak tepi sungai, ada 20 chalets, multi purpose hall & open field - sesuai utk team building) 

4. The Lake 
(Ada 20 bilik, swimming pool, bbq pit and lounge) 


Kemudahan lain; 
Ada surau 
Ada Club House 
Ada Restoren 


Aktiviti 
1. Bicycle ride - RM10/rental 
2. Canoeing (min 10pax - RM10 1st hour) 
3. Tubing (min 10pax - RM10/pax) 
4. Fishing (per fishing rode-RM21 for 3 hours) 
5. Jungle Treking (min 10pax - RM15/pax) 
6. Paintball 
7. Treasure Hunt 
8. Nighy Walk 
9. Telematch 


For me Area Kg Warisan adalah the best villa! Nak buat family day hah sila book di sini. Nak buat team building pun boleh sangat. Tengoklah aktiviti pun macam-macam. Kalau nak pi sini sila call booking dulu. Nak tau harga ni haaa call sini 012 4882480. Takpun pi tengok FB: Sahom Valley Resort .


Selesai misi backpack makan durian + rambutan di chalet dalam kebun sawit! 😆 Yup resort yang cukup indah dengan kenangan yang indah. Pastinya terpahat kemas di ruang ingatan!

4 ulasan:

  1. Kampar ni tak jauh dari kg kak ana Teluk Intan, pertama kali dengar ttg resort ni, menarik juga Azi")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh bawa family pusing2 tempat ni. Nampaknya orang jauh sampai dulu. Hehehe.

      Padam
  2. blh saya tahu brape km dr tol gopeng nk masuk ke sahom valley?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Siti Hajar,
      Kalau check google map dalam 36.3km dalam 40 minit.

      Padam