Aroma Ikan Bakar, Jeram


Assalamualaikum,

Yay! Akhirnya berjaya menapakkan diri Aroma Ikan Bakar, Jeram. Korang pun mesti dah sampai sini kan *high five

Tempat ni dicadangkan oleh my business partner. Keuntungan perniagaan jangan lupa kita kongsi dengan family dan sedekahkan kepada yang memerlukan. Zakat perniagaan pun perlu ditunaikan juga. Takdala besar mana keuntungan tapi sambutan di luar jangkaan dan syukurlah Allah permudahkan jalan. Jadi malam ni kira blanja family makan la nih! 

Okeh mari kita sambung! Rumah kami tak jauh mana pun dengan Jeram ni. Tapi ini pertama kali sampai sini. Sebelum ni memang selalu dengar orang sebut-sebut Aroma Ikan Bakar Jeram. Tapi tak pernah nak cuba. Ini lokasinya;

Aroma Ikan Bakar
Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram,
Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Tel : 017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)

Dalam kul 7pm sampai kat sini. Restoren ni betul-betul mengadap laut! Yes, memang besaq. Kami sampai-sampai je terus beratur untuk pilih seafood. Tempat duduk pun memang penuh. Lama juge pusing-pusing baru dapat meja. 



Inilah Restoren Aroma Ikan Bakar yang femes tu


Biru mak jemah hari ni, tak sabar nak pilih2 seafood!


Ini harga pada 14 May 2014


Weehuu, seafood kat sini segar bugar uols. Excited nak pilih. Terasa semua nak ambik!


Kalau nak makan bersila, meh duduk sini; Saung & Bambo. Pehtu jangan buat-buat lupa bayar caj tambahan tu.


Ketam masak pedas 


Butterprawn, Sotong Celup Tepung, Pepahat Masak Cili



Sotong celup tepung



Senja nan merah di Jeram


Antara kemudahan yang ada


Kami solat Maghrib di sini. Besar dan selesa juga surau nya. Ada telekung dan sejadah disediakan. Jadi takpayahla nak duk kalut cari masjid. Mujur ada inisiatif nak adakan surau. Terpuji sangat :)


Dah abis round 1 tadi datang pulak round 2. Barulah nak tiba siakap bakar dan sotong bakar. Nasi pun dah abis. Tambah? Takpayahla makan seafood ni kene makan sikit je nasi. Kalau tak nanti cepat kenyang. Untuk ikan dan sotong bakar ni kami ratah meratah je. Uishhh sedap! Memang sedap sosnya.  Pijar ok jari jemari. Puas hati la makan! 


Siakap & Sotong Bakar


Kesimpulannya semua kat sini sedap. Yang bakar-bakar asalkan sos pencicahnya sedap dan rempah secukup rasa, maka sedaplah ia. *pepahat cili tu lagi sedap di bagan lalang. Hihi.

Ini yang kami order;

Ketam Masak Pedas (5ekor) - RM61.40
Sotong celup tepung (3ekor), Sotong Bakar (2 ekor) - RM58.50
Siakap Bakar (2 ekor) - RM61.40
Pepahat 250g - RM25
Nasi untuk 6 orang - RM15
Air tembikau sejug - RM6

Total - RM297.10 untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak *resit tidak sedetail ini ye. Kami yang mintak detail. Hihi.


Alhamdulillah memang kenyang, cukup makan dan ngam-ngam. Tiada pembaziran. 

Balik memang badan berlengas, comot, bau macam-macam. Complete set! 

Peminat seafood, wajibla try sini ye. Ya Allah kaya sungguh Malaysia dengan makanan!!!

P/S: Sebelum tido makan 2 biji alfalfa complex untuk detoks! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan