Fendi Ikan Bakar & Sephora Paradigm Mall


Assalamualaikum


Harini mahu kongsi tempat makan yang agak terkenal zaman dolu dolu kala iaitu Fendi Ikan Bakar! Peminat-peminat ikan mesti penah makan kan? Terutama yang bekerja / pelajar2 di area Kelana Jaya. Betul tak? *high five*


Ketika ke sana ni pun restorennya dah berpindah ke tempat lain. Lokasi dulu di Dataran Glomac. Sekarang ni dah pindah ke Jalan SS5B/2 bersebelahan BSN Kelana Jaya. Pusing-pusing dengan gigih dah hampir-hampir nak mengalah putus asa, barulah nak jumpa restoren ni. Perut pun masa tu dah sebu masuk angin keluar angin.


Saya ni penggemar ikan pari! Suami pulak penggemar ikan keli.


Dah masuk cari port baik, tak tunggu lama terus pesan makanan. AL pesan ikan pari. Wajibul ngunnah! Suami pulak ikan keli. Ikan bakar kalau makan asing-asing macam ni, memang wajib pari takpun keli. 

Tengok ikan tergolek-golek dibakar dengan sempurna memang mengundang nafsu makan betui. Puas hati dapat juga makan Fendi Ikan Bakar ni. Ini bukan kali pertama, tapi kebetulan nak ke Paradigm Mall teringat nak makan sini. Tah apa signifikan antara kedua-dua nya tak dapatlah AL nak jawab. 

Perencah ikan bakar kat sini memang marveles! Merah-merah cili gitew. Kuah pulak pedass tak hingat. Tu yang menokok nambah kesedapan tuh. Makan ikan bakar ni tak payah lauk nak 'ambitious' sangat. Cukup dengan nasi panas dan ulam sahaja. Perfecto! 

Itu mengada-ngada pakai sudu tu, sebenarnya enggak mahu jari-jari mulusku ini pijar. Ahaks. *gediks*

So, jemputlah tengok kami makan. Hikhiks. 


Pari & keli bakar

Masa nak bayar tu buat-buatlah peramah dengan akak casher. Tanyalah kenapa pindah. Katanya harga sewa kedai makin mahal. Tak mampu nak tanggung dah. Adalah disebut 'figure' sewaan di Dataran Glomac tu dengan 'figure' sewaan di sebelah BSN ni. Haihh sakit lutut mendengarnya.


Dah selesai lunch, terus ke Paradigm Mall untuk pergi Sephora. Walaupun badan dah kepam dengan bau asap ikan bakar, hati ni tatap mahu ke Sephora. Tah ape angin nak pergi Sephora pun tak pasti. Mood swing barangkali. AL ni bukan kaki make-up pun kalau ke mana-mana. Tepek bedak, eyeliner, maskara & lip gloss bagi tambah seri aje. Sebenarnya TERuja nak cari bb cream, cc cream, dd cream *eh dah ade ke* Hentah. Pening kepala sang suami!


Sephora kat sini besar. Banyak sangat pilihan. Dah macam-macam jenama ada. Pilih je mana berkenan. Bila dah macam ni, taktahu lah nak pilih yang mana. Mujurla ada staff yang baik hati membantu. Staff Sephora bagus-bagus! I like. Dah pilih2 bayar. Banyak pulak sample-sample yang diberi. *sengih sampai tinge la*

Aritu ada 20% diskaun. Melompat bintang semua kaum wanita yang tergila-gilakan Sephora. 

Anak itik TokWi mandi dalam kolam, oklah uols selamat malam! *pahela lagi 2jam baru nak Maghrib* :p


Nak yang mana ni? Yang ni ke yang tu? Yang tadi pun ok jugak. Haih!


Lepas try semua, terasa taknak beli semua, boleh tak?! Haha



Eh eh eh susah-susah je nak makeup kan kita pulak




Tiada ulasan:

Catat Ulasan