Jibby & Co, Empire Shopping Gallery


Assalamualaikum


Hati ini dah lama teringin nak makan di Jibby & Co. Jibby & Co lokasinya di luar Empire Shopping Gallery. Ala yang ada rumah kaca tu. Ini merupakan restoren ke-2 daripada Serai Group. 

Mula-mula nampak Jibby & Co ni masa nak pergi ke HQ Shaklee beberapa bulan lepas. Maka keinginan mahu makan di cafe ni memang membuak-buak. Bila ulang alik ke HQ Shaklee tu memang asik toleh / tengok / skodeng je kat cafe ni dengan persoalan bilalah aku dapat nak makan kat sini. 


Lokasi:

Jibby & Co.
Bistro, Restaurant, and Breakfast Spot
GK11. Ground Floor. Empire Shopping Gallery (Jalan SS16/1), 47500 Subang Jaya, Selangor

Tel: 03-5613 7070

Menu: Breakfast, Brunch, Lunch, Dinner, Dessert

Jibby & Co

Alhamdulillah petang Sabtu baru-baru ni, suami mencadangkan lunch & minum petang kat situ. Petang Sabtu around 4pm kami sampai sana. Masya-Allah ramai sungguh orang! Ala-ala Chillis pulak kena bagi nama & beratur. Tapi taklama sangat pun menunggu, dah dapat tempat duduk. Tingkat atas pulak tu.

Ada birthday party la pulak!


Suasana ketika itu amat bising. Sebabnya ada 2 birthday party tengah diadakan di tingkat bawah. Nice ambience? Hmmm lupakan...hahaha. 


Come for the food Stay for the Coffee


Apa yang kami order?

1. Seafood Aglio Olio - RM32
2. Soft Shell Crab Burger - RM32
3. Vanilla Shake - RM15
4. Valcaramelo - RM24

Seafood Aglio Olio & Vanilla Shake

Saya penggemar pasta. Maka pergi mana-mana cafe pasti akan order Aglio Olio. Senang nak compare nanti. Seafood Aglio Olio Jibby & Co ni memang sangat sedap. Cukup rasa! Seafood pun fresh. Memang puashati! Vanilla Shake pun thorbaikkkk!

SAAANGAT SEDAP!


Soft Shell Crab Burger & Sweet Potatoes

Uols pernah dengar Soft Shell Crab Burger? Ok ini first time saya dengar. Maka ini menu WAJIB cuba jika datang sini. Two thumbs up! Saya sukaaa sosnya! Fries tu bukan macam fries di McD or Burger King or fast food yang lain tau.

Valcaramelo

Katanya ini signature dessert di Jibby & Co. RM24 banyak ini jerrr? What the fish! What the fish! *katasuami

Redha ajela. Mujur sedap. Makan 2 orang ok. Makan sorang2 pasti takhabis. Rasanya ala2 Choc Valcano Chillis tuu. Mane sedap? Haihhh susah nak compare nihh..

Zoom in Valcaramelo

InSyaAllah lepas ini nak datang lagi. Mahu cuba pizza & lasagna. Kata mereka lasagna signature course kat sini. Kiri kanan meja saya order lasagna. Nampak so teeeempting & droooooooling!


Sorry Serai, lepas ini saya berpaling tadah ke Jibby & Co lah! Hehe.


Iols dah selamat mencuba & puas hati. Uols pergilah cuba ye :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan