Translate

No-No-NO!

Warung Leko, Pusat Komersial TSB Sungai Buloh

Assalamualaikum.

Pernah dengar Warung Leko? First time nampak Leko di The Curve. Ketika itu, mahu bersantai-santai makan coklat Dip N Dip dengan teman-teman wanita *skema!

Kemudiannya memang ke The Curve semata-mata mahu makan di Warung Leko. Khabarnya Iga penyet makanan signature mereka. Tagline "Spesialis Iga Sapi Penyet". Tapi kesian kat kami, restoren mereka banjir pulak ketika itu (kat depan memang kering, kat dapur yang banjir!). Whatever!

Akhirnya dapat juga makan di Warung Leko TSB, Sungai Buloh.



Lokasi:

WARUNG LEKO
Pusat Komersil TSB,
79 G, 81 G, 81-1, Jalan Nautika A U20/A,
Seksyen U20,
40160 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-61480922


WARUNG LEKO
LB-1, First Floor,
The Curve Link 2,
The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.

Tel: 03-7733 1322
Business hours: 11.00am to 11.00pm, setiap hari.


Warung Leko ni asalnya dari Surabaya. Macam-macam menu ada. Bunyi memang pelik-pelik. Paling femes dah tentulah iga sapi penyet (tulang rusuk lembu). Selain itu, ada bakwan penyet (cucur sayur) , empal penyet (daging lembu) , buntut penyet (ekor lembu) , otot penyet (urat) dan tah ape-ape lagi menunyer. 


Kami order;

1. Iga Sapi Penyet 
2. Ayam Penyet
3. Coconut Shake
4. Pisang Cheese

Orang yang ambik order tu ada tanya tahap kepedasan sambal. Pedas kah? Sedang? atau tidak pedas? 

Pastilah ambil yang PEDAS! Dua-dua memang kuat pedas. Biar mengalir air mata dan air hidung. Baru terasa nikmatnya. Hikhiks.



Iga Sapi Penyet & Ayam Penyet

Iga Sapi Penyet ni boleh tahan juga sedapnya. Isi dagingnya memang lembut. Rempahnya cukup rasa. Eh sedaplah! Ayam Penyet saya lebih suka yang garing2 macam Waroeng Penyet tu. Tahap kepedasan memang pedas sampai ke otak. *ok tipu


Coconut Shake. Katanya menu baru ni.


Pisang Cheese

Cuti Wesak lepas kami ke sini lagi. Ahakss! Wah makin ramai orang. Kali ke-2 ni kami order;

1. Iga Hot Plate - RM17.20
2. Talapia Goreng - RM18.20
3. 2 Nasi Putih - RM3.40
4. Soda Gembira - RM4.30


Talapia goreng & Iga Hot Plate


Korang tau tak apa beza Iga Sapi Penyet dengan Iga Hot Plate?

Iga Sapi Penyet ialah rusuk yang digoreng.  Sambalnya pula ada tahap kepedasan dan ada belacan. Haa, yang resdung boleh lupakan ye. Nanti bersin tak sudah!

Iga Hot Plate pulak rusuk yang digrill. Pinggan segiempat yang ada sambal comel-comel tu dengan tomata  bawang tu untuk yang order Iga hotplate la. Sambal dia tiada tahap kepedasan (tapi sedap) dan tiada belacan. *yes pilihan terbaik untuk orang-orang resdung.


Talapia goreng


Talapia goreng dia, Masya Allah rangup. Bila makan tu krup-krap-krup-krap. Garing. Tulang-tulang tu makan begitu sahaja. Rempahnya sedap. Orang yang tak makan ikan sungai tu lupakan je la ye. Hikhik.



Zoom in sambal PEDAS ni, nikmat di mulut, berapi di perut. Ahakss!


Peminat makanan Indonesia *macam saya wajib cuba Warung Leko.

Aperlagi silah terjah!



4 comments:

  1. Salam,

    Jemput ke Warung kami Ayam Penyet Mar di Kampung Melayu Sg. Buloh.
    Rasai keenakkan puyuh penyet, keli, talapia, bawal, kembung dan ayam penyet yg di perap dgn rempah giling,
    terasa rempah hingga ke tulang. Sotong dan udang penyet kami menggunakan tepung tempura yg terbaik.

    http://ayampenyetmar.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Menarikss sangat. Nanti kami datang! :)

      Delete
    2. Oppsss. Ada full address? Senang nak waze.

      Delete
  2. Kalau naik bus dr KL nak ke warung leko gimana caranya ya? Bus apa yg ke sana Dr KL

    ReplyDelete