Lunch di HOMST Shah Alam


Assalamualaikum.


Allah bersawang sudah blog ni *sapu-sapu buang sawang*

Hi uols. Apa khabar? Ok meh nak share story makan-makan di HOMST Seksyen 13 Shah Alam semalam. Suami dah lama ajak AL cuba di HOMST ni. 

HOMST - Chinese Muslim Cuisine kepunyaan Chef Yusoff Lau Bin Abdullah. Halalan Toyyiban. AL pernah nampak cawangan HOMST ni di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan di Kota Damansara. Tapi AL dengan suami pergi makan di HOMST Seksyen 13 Shah Alam (belakang Tesco). Almaklumlah dekat sikit dengan rumah. Kami ni jarang-jarang makan di chinese muslim restaurant. Satu-satunya restoren yang kami suka pergi dan repeat berkali-kali adalah Restaurant Hj Sharin Low.

Lokasi
5&7,
Jalan Boling Padang H 13/H (Seksyen 13)
40100 Shah Alam, Selangor
Business Hours :11am - 10:30pm

Cawangan
TTDI HQ
No: 34-36, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7728 0760
Business Hours :11am - 10:30pm

Kota Damansara Branch
No: 16-1, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Selangor.
Tel : 03-6140 9134
Business Hours :11am - 10:30pm


Bila tiba di sana ok tak tahu nak makan apa *blurrr*, sebabnya banyak juga menu kat sini. Plan asal nak makan ringan-ringan dan masakan panas macam yee mee / mee gittew. Tah camne sampai sana terus tukar jadi nasi putih. 

So apa yang kami order?


Crab Meat Shark Fin Soup (S) - RM25


Sup di atas ini bukanlah sesuatu yang orang kata 'to die for'. Tapi sedap :) . Ini size (S). Walaupun (S) tetapi portion nya banyak. Ini dah boleh 4 orang hirup ni. Boleh kembung kalau 2 orang je nak hirup. Memang tak habis. Sayang punya pasal dan takmahu membazir kitaorang tapau bawak balik untuk dinner pulak. Boleh? Panaskan semula cicah roti. Nyumm!



Dim Sum - Chicken Siew Mai - RM5-6


Dim Sum ni kami order Chicken Siew Mai dengan Wantan Goreng yang cicah cili sos *alar-alar kenapa tak buat homemade sos* . Sambil makan sambil terbayang-bayang kelazatan dimsum di HongKong. Okeh memang tak boleh lawan dimsum di Islamic Canteen Centre HK. Dimsum kat sana  memang ohsemmm. Tambah lagi sos pencicah yang super spicy *nangesss teringin*



Mango Sago Lolo & Jus Durian Belanda

 Saje nak try Mango Sago Lolo. Bahan utama mangga potong, mangga kisar, sagu, susu dan ais. Yang ini memang sedap!


Sebelum makan self-us dulu. 



Nampak tak Kung Pao Beef tu. Sedap tau.


Happy sebab perut dah kenyang. Hehe.




Last but not least yours truly. Hakhak. Nak jugak interprame!


Okeyla uols. Nanti sharela ape lagi menu kat sini yang best ye. Sedap makanan-makanan kat sini. Bolehla cuba nanti. Tak mampu aih nak order banyak-banyak. Perut kecik jah. Kami datang sini memang kembung sebab banyak sangat makanan 'berair' yang kami order. 

Till then buhbyee.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan