RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT


Assalamualaikum & Salam 7 Ramadhan





4.30am bangun pagi kerana kepanasan. Awatlah panas hangat semacam dan terang semacam. Rasanya tidur malam tadi dah tutup lampu. Rupanya takda letrik dan lampu emergency light nyala atas kepala. Lilin pulak buat hal. Tak tahu menyorok kat mana. Haru betul. Mujurla lampu suluh masih ada bateri (kalau takda terpaksalah guna torchlight kat fon). 

Emergency light di ruang tamu dah padam. Nampak sangat yang dah sejam lebih rupanya tiada letrik. Sudahnya pagi tu kami bersahur bertemankan lampu suluh yang watt nya pun tak berapa tinggi. Makan dalam suasana kesuraman gitu. Aiyaark! Nasi pun sejuk (sebab takboleh panaskan dengan microwave), minum pun plain water aje sebab takboleh nak masak air panas. Mujurla lauk boleh panaskan atas dapur. Sadis betul rasanya. Terus terfikir alahai kesiannya orang-orang yang serba serbi kekurangan. 

Jam baru 4.40am. Dalam sunyi-sunyi gitu....tiba-tiba terdengar laugan azan. Aik?! Dah kenapa? Dah Subuh ke? Baru suapan pertama masuk dalam mulut. Ustaz kata kalau dah azan kita sedang makan kena luahkan balik, jangan ditelan. Nanti batal puasa. Tapi kami terus telan laju-laju. LOLS. Konfius sangat tau! Check jam kat henfon betul baru 4.40am. Check jam dinding. Betul baru 4.40am. Takkan harini Subuh awal. Pelik sangat tuh! Dalam duk konfius gitu, mulut laju lagi duk mengunyah. Teori kiteorang, Tok Bilal masjid ni salah tengok jam agaknya. Azan tak sempat habis, tiba-tiba sunyi balik. Sah! Tersilap letewww Tok Bilal ni.

Tajuk kemain resepi sotong goreng kunyit tuh... nah ini cadangan resepi untuk mereka yang suka bersahur lauk pauk ringkas macam kiteorang ni. Simple dan mengenyangkan. Tambahla sambal sreng or acar buah or kentang tempe ikan bilis buat penambah selera.


RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT

400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara Penyediaan

1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Kredit: Kutip dari Facebook


Kita masak dulu sampai kering airnya


Tadaaa...siap dah! 
Mudah sangat cenggini bagi tukang masak yang tak berapa nak pro ni!


Sesuai sangat untuk berbuka dan bersahur!

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan