DIM SUM HALAL di CHINA TREASURES SIME DARBY CONVENTION CENTER



Assalamualaikum dan Salam Merdeka untuk semua




Kat mana nak cari dim sum halal? Sebenarnya kami suami isteri bukan peminat dim sum. Suami lagilah dim sum sungguh tak sesuai betul dengan anak tekaknya. Tapi semua persepsi itu berubah sekelip mata bila DIM SUM sedap di Islamic Canteen di HongKong (dalam Masjid Ammar) masuk dalam mulut kami. Dan sehingga sekarang ni kami tak boleh lupakan keenakan dim sum tu. SOBS. Disebabkan itu, kiteorang pun mulalah dim sum hunting di KL. Sungguh... susah nak cari yang disahkan HALAL JAKIM.

Lepas beberapa hari bertanyakan pada Pakcik Google and finally kami jumpa China Treasures di Sime Darby Convention Centre, KLGCC. Apa kebendanya KLGCC? Kuala Lumpur Golf & Country Club =) China Treasures, terkenal antara Top Chinese restaurants in the Klang Valley dan yang penting ada buffet dimsum dan disahkan halal JAKIM. Yay! Boleh cuba.

Alamat / Address
Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur

Buffet Dim Sum at China Treasures

RM69nett (Adult) RM35nett (Children)
11.30am to 2.30pm
Monday - Sunday

RM49nett (Adult) RM25nett (Children)
10am to 11.30am & 3pm to 4.30pm
Saturday, Sunday & Public Holidays


For reservation, please call 03-2089 3788 / 03 2089 3688 or email tochinatreasures.sdcc@simedarby.com Suami terus call buat reservation untuk 2 orang (Disarankan anda buat reservation terlebih dahulu). manalah tahu tempat penuh ke kan. Nanti balik saja. Jomlah checkidout apa yang kami order!


 






















Walaupun buffet, kita perlu order menu apa yang kita nak makan. Anda akan diberi kertas seperti di bawah dan tickla mana-mana menu yang menarik hati. FYI, belakang pun masih ada senarai menu. Agak frusrated sebab takda gambar. Camne nak tahu ni kita nak order yang mana. So kita ambikla mana-mana berdasarkan nama dan selebihnya ikut naluri sanubari =p


Finally, inilah menu yang kami order. Untuk 2 orang. Walaupun buffet, jangan excited sangat sampai nak order semua menu. Jangan ikut nafsu nafsi. Kalau tak habis akan dikenakan denda! Setiap yang tak habis tu perlu bayar semula ikut harga ala-carte. Kalau tak cukup boleh order lagi lepas tu. No worries.

TIPS ORDER: Di ruangan portion tu boleh tulis berapa banyak portion yang kita nak. Biasanya untuk 1 portion (ada 3 pieces untuk sepinggan)


Sementara tunggu dimsum yang kami order, kacang rebus ni di bawah ni sampai ini. Mula-mula ingatkan complimentary. Bila check bil rupanya kene bayar uols. Anda kunyah-kunyah, anda bayar. Hahahah. Harga RM6 (Tidbits). Mujurla kacang ni sedaaaap! 





















Di atas sebelah kanan ini antara sos yang disediakan. Ada juga mayonese? Erkk, ada ye dimsum cicah Mayonese? Sos Thai tu memang tidak dinafikan kesedapannya. Ada rasa manis. Selain itu, ada sos dimsum yang macam kami makan di HK. Di HK memang sos cilinya podeh! Yang ini tiada rasa pedas langsung di situ. Kalau pedas memang marveles!

Mermaid Fish! Uwaaa, kami order ikan kering ka nih?

Setiap menu yang tiba di meja mereka tak mention nama. Semua pakai letak aje. Jadinya mana kami nak tau menu yang mana satu. Sampai last hidangan pun memang berteka teki aja menu yang datang. Yang atas ini dah macam ikan kering pulak. Apa kaitan dengan dim sum? Mujur garing krupp krap dan tak masin. Macam makan keropok ikan yang disirami sos Thai. Next time? Takkan ku order lagi yang ini. Rasanya kalau menu ini ada dalam Restoren Thai barulah mengundang! Walaupun mengomel tapi licin jugak sepinggan. Huhu.

Salted Egg Roll, BBQ Bun, Szechuan Dumpling, Mango Roll, Vietnamese Dumpling, Siew Mai Dumpling, Shrimp & Scallop Dumpling, Sweet Corn Dumpling, Lotus Bun

Semua nama menu di atas tidak pasti betul ke tak matching nya. Ini yang kami teka berdasarkan rasa dan bahan dalam dumpling atau roll tersebut. Sadis betul. Setelah rasa semua kami dua-dua setuju yang bun di sini memang WIN! Sedap bangat. Terutama BBQ dan Lotus Bun. Gebu, fluffy, lembut dan haih sedap makan panas-panas. Yang lain semua biasa-biasa aja. Pendek kata OK. Buffet hanya untuk dim sum only. Harga air lain kira. Jangan lupa add GST 6%. Jadi pendek kata bila dah total semua memang cecah RM100 ke atas untuk 2 orang.

Puas hati ke makan di sini? Tak berapa nak puas hati sebab menu dia banyak gila tapi takda gambar. Sangat tidak membantu untuk kita buat pilihan. Takda recommendation from chef atau hot picks. So merapu ajelah ordernya. 

Suasana memang superb. Sesuai untuk kiteorang yang celebrate 7th anniversary. Parking space pun banyak dan free parking. InsyaAllah next time kita cuba menu selain di atas. 

Hirup Jasmine Tea. Harga RM9.60untuk 2 orang

Yang penting HALAL JAKIM. Kata berdua setuju yang dim sum di HOMST pun OK dan lebih affordable. Ada halal JAKIM juga. Korang, ada lagi tak tempat dim sum yang ada halal JAKIM? Kalau tau share dalam ruangan komen di bawah ya. Tq in advance =)

3 ulasan:

  1. dolly dimsum dh try ke hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dolly Dimsum. Famous tu. Asalnya nak pergi situ. Tapi reroute ke sini.
      Sedap ke Dolly dimsum tu?Hihi.

      Padam
  2. xprnh lg try. pernah try di de dempler tmn melati & china treasure je bru. hehe.bole try pg nnti rmai ckp sedap hrga pn murah ckit la dri kt sime drby tu hehee..

    BalasPadam