Flaming King Crab Platter


Assalamualaikum penduduk bumi sekalian =)




Balik ofis suami cakap esok boleh gantung periuk. Wah best! Sebab dia dapat tengok movie FREE di MBO. Movie pilihan : Maze Runner: The Scorch Trials. Yes entry ni memang entry throwback yang sangat lama diperam. Baru la ni nak publish! 


MBO pilihan tentunya Subang Parade. Suami keluar ofis je terus boleh lompat masuk Subang Parade. Dalam duk fikir-fikir nak dinner kat mana, mata ni ternampak pulak King Crab beratur elok atas ais depan restoren The Manhanttan Fish Market. Warna oren kemerahan itu sangat menyerlah! Begitu sexy mexy di atas ais itu. Mujurla suami paham. LOL. Suami cakap jom makan King Crab. Dia belanja! Wah rejeki jangan ditolak.


Dah lama ajak suami pergi makan King Crab ni. Banyak dah pilihan restoren yang menyajikan King Crab macam King Crab Factory, King Crab Restaurant, Shell Out Seafood Restauran dan yang latest adalah Ocean Hauz Bangi. Mujurla semua restoren tu jauh dari rumah. Yang dekatnya The Manhattan FISH MARKET, Subang Parade. Maka akhirnya kami di sini.



So set apa yang kiteorang oder?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kredit: Mr Google



Taklama menunggu hidangan pun sampai
.
.
.
.
.
.
.



Set berharga RM99.90 dah sampai . RM105 include GST.  *FENGSAN*




Sos pilihan: Ebiko Flaming Sauce



Dalam platter ni memang ada sekor King Crab yang disirami sos Ebiko Flaming Sauce. Ada ikan dory fillet yang dibakar dengan herba dan disirami sos daun ketumbar, ada sotong celup tepung dan garlic herb rice. Portion ni untuk 2 orang memang sangat mengenyangkan. 

Isi king crab yang plump dan juicy memang enak bangat bila cicah dengan sos ebiko tu. Nyummms! Dory fillet pun taknak kalah tau. Memang kene dengan sos daun ketumbar tu. Gaul2 dengan garlic herb rice pastu masuk dalam mulut ketika panas-panas. Aduuuhhh, kecur semula air liur hakak ni. Calamari celup tepung tu yes memang crunchy pada awalnya, tapi bila dah sejuk tepungnya jadi lembik dan saaaangat muak untuk dihabiskan. Heavy betul rasa butter or watever tepung yang dia guna. So sampai je hidangan di meja, ratah bagi habis calamari tu dulu. 

Susah ke nak makan ketam ni? Tak susah mana pun. Sebab senang nak patahkan kakinya tu. Ada tekniknya. Selebihnya guna la gunting yang disediakan tu. 



Bahagian dalam King Crab. 
Kulit ketam ni bila ketuk2 macam plastik pun ya.






Nampak macam tajam kan ada duri-duri. 
Tapi tak tajam sangat pun. Masih boleh dipegang.





Awak, janganla tengok kita macam tu! Saya taaaak kuad.
Isi awak memang sedap. Tak puasla makan sekoq. 
Kita jumpa kat syurga nanti ya. Hehe.


Overall memang ok makan kat sini. Mujurla ambil ice lemon tea. Boleh jugak buat hilang rasa muak. Total termasuk GST dalam RM110 lebih. 



2 ulasan:

  1. Hi sis, saya new follower hehe..
    sedapnye seafood tuu..husband aida tak makan seafood so rasanye harapan lah nak ajak die dtg sini gakkk hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Aida,
      Selamat datang. Terima kasihla sudi follow blog yang tak seberapa ni.
      Takpa. Nanti boleh pergi dengan ofismate. =)

      Padam