Craving Yee Mee Sizzling


Assalamualaikum

Tiba-tiba....craving Yee Mee Sizzling. Maka......zamzam alakazam. Siap Yee Mee Sizzling! Huh, tak berapa nak jadi sangatlah Yee Mee Sizzling ni sebab Azie guna mee kuning. Yee mee takde pulak kat dapur. Malas pulak nak start kereta pergi cari kat Econsave. Ni memang menggunakan bahan yang ada kat dapur je. Resepi ni Azie ambik dari Facebook. 

Sekali tengok macam mee hailam pulak


Resepi Yee Mee Sizzling Senang, Mudah & Ringkas!

Bahan-bahan
6 ketul ayam dipotong kecil
4 keping halia di hiris nipis n tumbuk sedikit
8 ulas bawang putih diketuk
7 tangkai cili kering digunting kasar (1 tangkai gunting 3 bahagian)
10 biji cendawan kering (cendawan direndam dengan air panas selama sejam). Potong kasar (1 biji potong dalam 4 or 5 slice bergantung pada saiz)
5 sudu besar sos tiram,
6 sudu besar kicap lemak manis
3 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan (tak letak)
4 sudu besar tepung jagung bancuh dengan air (azie ganti tepung gandum sebab tepung jagung habis!) 
Yee mee
Sawi
Telur

Cara-cara
1. Masukan 3 sudu besar minyak masak. Dah panas masukan halia n bawang putih. Api perlahan dan kacau sampai kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan cili kering. Kacau dan sampai naik bau.

3. Bila dah garing masukan ayam  dan satu mug air. Letakan sedikit garam dan didihkan dalam 5 minit.

4. Kemudian masukan cendawan yang telah direndam dan dipotong tadi.

5. Kemudian masukan semua jenis kicap then tambah lagi 3 mug air. Didihkan. (Azie just letak sos tiram, kicap lemak manis cap kipas udang dengan kicap pekat cap Indah Rasa. Itu je yang ada kat dapur)

6. Bila kuah dah mendidih dan ayam telah empuk, masukan bancuhan tepung jagung.
TIPS : Buka api pada tahap kepanasan maksimum masukan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sambil kacau supaya tepung tak berketul dan apabila dah sejuk kuah tersebut tak jadi beku. Kacau sampai sesuai kepekatannya.

7. Sediakan hotplate, letakan sedikit kuah baru diletak yee mee,sayur dan telur (Azie takde hot plate so guna tefal yang lain untuk letak kuah, mee,sayur dan telur.

Alhamdulillah. Selesai masuk perut.


2 ulasan: