Resepi Ayam Ungkep Mudah & Ringkas


Assalamualaikum dan Salam Sabtu.


Lama tak share resepi. Azie nak share resepi orang Jawa yang Azie screen shot kat Facebook. Kebetulan resepi ni melintas kat wall. Bahan-bahan untuk resepi Ayam Ungkep ni pulak memang mudah dan ringkas aje. Semua ada kat dapur. 

Bahan-Bahan

Setengah ekor ayam

Sejemput cili padi *blend
Bawang besar 2 biji *blend
Bawang putih 4 biji *blend
Halia sebesar jari kelingking *blend
Kunyit hidup sebesar ibu jari ATAU Serbuk kunyit - 1 sudu kecil *blend

Serai 3 batang
Asam jawa besar bola pingpong (ambil airnya dalam 3 cawan)
Kentang sebiji belah 6

Cara masak

1. Panaskan minyak
2. Masukkan serai dulu
3. Masukkan bahan *blend. Tumis sampai naik bau dan garing
4. Masukkan serbuk kunyit 1 sudu kecik (Azie tak blend sekali sebab taknak blender jadi kuning. Hihi)
5. Masukkan air asam jawa
6. Masukkan ayam, kentang, garam secukup rasa. Tutup kuali. Biar sampai air kering.
7. Bila dah nak kering..OPTIONAL: Letak santan pekat (Azie tak letak). OPTIONAL juga letak daun salam/bay leaf
8. Siaaap! Makan dengan nasik panas-panas. 

Memang sedap di mulut nikmat di perut. Tapi agak terbakar anak tekak. Jangan lupa sediakan air sejuk di tepi pinggan. Hiks.

Selamat mencuba.


2 ulasan:

  1. ehehe orang Jawa sukaaa ni masakan ni.. wife spupu rajin crita pasal makanan org jawa tapi dia x pernah nak masakan pun.. so CT tak pernah rasa lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti,
      Meh datang rumah Kak Azie...huhu..tapi i bukan orang Jawa =)

      Padam