Demam, Batuk, Sakit Urat & Cirit-Birit


Salam Isnin! Selasa!

Semua datang sekaligus. Sakit Urat... demam, batuk dan cirit-birit! Faktor cuaca yang panas hujan panas, umur yang semakin lanjut menyebabkan fizikal yang makin lemah dan kurang senaman agaknya punca segala penyakit datang. Hiks.

Bila sakit macam ni bagus jugak. Barulah dapat perhatian lebih sikit dari suami. Bolehla nak manja gedik-gedik sikit. Tiap-tiap malam tolong picit kaki yang tegang urat. Dialah jadi suri rumah mengemas rumah, dialah tukang masak  (tapau) makanan kat luar.

Bangun tidur, eh ada nasi lemak sambal sotong atas katil! Alololo sweet nyerh suami saya ni

Masa ni hanya demam, sakit urat & cirit-birit. Memang habis tenaga berjuang dan berperang dalam tandas. Kalau sekali melabur takpe. Ini berkali-kali melabur dalam satu hari. Kesian Indah Water nak menampung hasil pelaburan yang tiba-tiba extra banyak dalam satu hari! Perut yang tak berapa nak maju ke depan terus jadi leper. Berat hilang 1 kg. Takkan sebab minum jus? Bagus betul. Habis semua keladak keladak keluar. Masa ni memang tengah minum jus (carrot+epal merah), esoknya minum jus (timun+lemon+garlic). Sehingga hari ni, asal makan je buang semula..asal makan je buang semula. Tandas dengan Azie berpisah tiada. Nak ke mana-mana pun risau.

Sedap ngat makan sambal-sambal tu maka, batuk makin bermaharaja lela. Hazebedah sangat kalau kena batuk ni. Ya Allah, sekali batuk rasa macam nak keluar anak tekak, perut dan usus bergoncang, tulang rusuk bergetar, hati berdebar-bedar, jantung berdegung kencang. Adess. Kalau batuk mesti anak tekak ni rasa gatal macam nak garu dengan garfu. Kalaulah bolehh memang dah kubuat. 

Setelah duopoloh kali kena paksa suami g klinik, akhirnya aku redha!

Alhamdulillah Allah beri kita sakit. Maknanya Allah sayangkan kita. Allah ingat kita. Allah bagi peringatan pada kita. Allah mahu menguji kesabaran kita. Allah nak hapus dosa-dosa kecil kita. 

Bila kita sakit, Allah telah hantar 4 malaikat! Malakikat pertama yang AMBIL SELERA MAKAN. Malaikat kedua AMBIL REZEKINYA, Malaikat ketiga AMBIL KECANTIKAN WAJAHNYA (bertukar jadi pucat tak bermaya, tak cukup tidur, tak sedap badan), Malaikat keempat AMBIL DOSANYA. Bertabahlah wahai hati. Doakan moga Azie cepat sembuh ya. Jadi kalian semua syukuri nikmat sihat SEBELUM sakit. 

Wassalam.

2 ulasan:

  1. azie, cirit birit makan sambal tu lagi lah teruk T-T avoid sour/spicy/caffeine semua tu. nasi lemak kan orang cakap angin. kalau cirit kena makan plain porridge je 1 week.semoga cepat sembuh ye :) ohh benda bersusu pun jangan ambil ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mommy Cici,
      Haa tuela, tapi no worries Azie ambik nasi je dgn sotong. Sambal tak ambik. Makan pun semulut dua yang lain suami habiskan ^_^

      Porridge je one week? Oh baikla....patutla tak sudah2 membuang. Susu tak ambik. Green tea boleh tak?

      Padam