#7 Japan Cherry Blossom Day 2 : Haneda Airport


コんにちわ Konnichiwa!

Haneda Airport sebelum ini dikenali dengan Tokyo International Airport. Lokasi airport berdekatan dengan bandar Tokyo berbanding Narita International Airport yang sedikit jauh. Kalau tak silap Azie, naik AirAsia akan mendarat di Haneda. Manakala MAS akan mendarat di Narita International Airport. Haneda International Airport merupakan airport tersibuk di Japan dan tersenarai antara 5 airport yang tersibuk di dunia. Check-in Haneda uols!



Tidur lena ke? Tidak.

Kejap-kejap ubah posisi. Pusing kiri sakit pinggang. Pusing kanan sakit leher.  Semua posisi tidur pun tak kena. Sis nak tikar 'Tatami' jugak 😭

Pukul 3 terjaga celik mata tengok akak-akak pakai tudung dari Malaysia tidur bergelimpangan atas semen (ceruk dinding). Isk isk isk tak sejuk ke. Kalau jenis letak kepala tidur lena memang heaven. Kalau macam Azie, lain kali tidur airport kena beli sleeping beg. Baru boleh tidur bergelimpangan atas simen tanpa segan silu sebab menyorok dalam sleeping bag. 



Bagasi yang banyak berkhidmat. 'Large' & 'Small' size. Beli untuk 20kg sahaja. 

Pukul 3.30 pagi siap-siap untuk solat Subuh. Masuk je Subuh zass terus ssolat. Lambat nanti berebut pulak nak guna 'Prayer Room'. Sebelum orang bangun, kita cop dulu. Hehehe.



Korang, ampun! Sebab letak gambar jamban di sini. Bersih kan. Inilah toilet /washlet yang banyak di sekitar Tokyo. Duduk je terasa hangat (ada heater). Ada pemegang atas bawah untuk mudahkan warga emas bangun dan duduk. Button pilihan ada di tepi dinding. I is jakun. First time ku tekan semua butang yang ada. Pastu mulut tu ternganga 'wow'. Tisu memang design untuk flush masuk dalam tandas. Untuk flush lalu kan saja tapak tangan (ada sensor). Macam ni baru hygiene. I like.


Kemudahan yang ada di Haneda Airport. Boleh refill air di water cooler. Air panas pun ada. 



Ada air panas, dapatlah rendam maggi dan buat milo panas. Ini lah sarapan pagi kami di Haneda Airport. Pagi-pagi terpaksa makan maggi. Mujur ada 'SAMBAL GARING CHE NOR' untuk makan dengan roti. Alhamdulillah kenyang. Setiap kali travel mesti bawa mangkuk kaca ajaib yang boleh masuk microwave, sudu garfu dan flask untuk buat air panas. Tinggal pencuci muka atau bedak takpe lagi. Jangan tinggal tiga benda di atas ni. Liquid body wash untuk kerja-kerja mencuci. 



Pagi-pagi mesti nak minum air panas. So vending machine ni kupandang tanpa nafsu. 



Locker room memang banyak di Haneda Airport. 500Y muat untuk simpan beg troli bersaiz kecil. Kunci merah maknanya locker masih kosong.



Kaunter JR masih tutup. Mula beroperasi jam 7.45am. Kita duduk dan tunggu sampai buka.



Jam 7.30am. Barisan dah berlingkar-lingkar sampai belakang. Tepat 7.45am kaunter JR dibuka. Fuh fuh laju gilss servis diorang ni. Kejap je barisan panjang tadi lenyap dari pandangan. Kami beli Tokyo Wide Pass di sini. 


Di Haneda Airport ada perkhidmatan 'Airport Baggage Delivery'. Pucuk dicita ulam mendatang. Lagi bagus sebab boleh hantar bagasi terus ke rumah host. Jadi bolehlah fully utilize Day 2 tanpa perlu bersusah payah heret bagasi dan tanpa perlu tinggal di mana-mana locker. Borang in Japanese. Memang tak tahu nak isi. Mereka akan tolong isikan. Perlu tahu nama sendiri, alamat rumah host dan tel nombor host. Inform host awal-awal supaya dia boleh standby. Bayar dan hai hai bye bye pada bagasi. Fuh lega!

Mula-mula terfikir juga selamat ke guna perkhidmatan ni. Dijamin sampai dengan selamat kah. Tapi bila fikir balik yang sekarang ni kita berada di Japan, antara negara yang kalau hilang barang orang kata In Sha Allah ada peluang dapat balik. Maka kita berdoa dan bertawakkal sahaja agar semua beg selamat sampai. 



Ketika Matta Fair baru-baru ni ada beberapa ticket yang kami beli dari HIS Travel;
i. Suica Card
ii. Universal Studio Japan
iii. Osaka Amazing Pass

Kesemua ni kena collect di HIS Travel Japan dan kaunternya ada di Haneda Airport. Masa ni masalah mula timbul. Jeng..jeng..jeng...

Hulur 3 invoice tapi dapat 2 jenis tiket. Dapat 2 jenis tiket terus gerak. Suami check semula. Dia perasan yang kiteorang tak dapat Osaka Amazing Pass. Patah balik pergi kaunter. Bila tanya, dia mintak semula invoice OAP. Memang takda sebab dah serah awal-awal semua tadi. Dia tak percaya pulak. Masa di MATTA FAIR suami dah minta HIS Travel email semua invoice dalam pdf untuk backup. Alhamdulillah sangat. Tunjuk emel HIS Travel Malaysia kat penjaga kaunter. Pastu dia minta kami tunggu sementara nak call boss dia. Call punya call tak dapat jugak. Orang dah makin beratur panjang di belakang. Bila tak dapat call dia entertain pulak customer lain. 


Fast forward sejam kiteorang terpacak depan kaunter HIS Travel Japan menunggu jawapan apa yang berlaku sebenarnya. Sungguh la masa ni agak menguji kesabaran. Hilang terus MOOD nak berjalan. Guna khidmat HIS sebab nak mudahkan kerja. Dengan harapan settle semua. Tapi sebaliknya. Kecewa.
 

Dia pulak tak tau English. Dari gesture dia boleh agak yang dia tak dapat call bossnya. Lama mana pulak kiteorang nak tunggu depan kaunter. Pastu dia tanya berapa lama kami di airport, berapa lama ada di Tokyo, lepas Tokyo nak ke mana, bila nak pergi Osaka. Ok SAH ada yang tak kena. Suami suspect takda Osaka Amazing Pass nak bagi kat kami. Tu jadi macam ni. Akhirnya suami decide untuk tinggal nama, bagi alamat rumah host dan no phone rumah host. Mintak HIS kurier ke rumah host bila dah dapat OAPass. Kalau tunggu bos dia angkat phone mahu satu hari terpacak kat depan kaunter HIS. Kita tanya bila nak kurier, dia pun tak dapat nak bagi jawapan. Berdoa dan tawakkal. Moga Allah permudahkan. Tak mampu dah nak tunggu lebih lama depan kaunter HIS ni. Kemudian suami emel pada HIS Travel Malaysia untuk minta bantuan.

Mujurlah host tempat kami menginap di Tokyo ni cepat respond bila kita mesej. Jadi mudah nak buat keputusan. Spoiled betul pagi-pagi dah buat orang moody. Kena reset balik mood berjalan.



Kita nak kemana lepas ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan