Translate

No-No-NO!

Resepi Nasi Arab Kabsa Ayam (Periuk Noxxa) untuk Potluck Aidilfitri 2017


Pada suatu malam yang dingin di bulan Syawal 1438H.

Suami: Sayang, office ada nak buat potluck raya. Nak bawak apa ya? 

Me: Emm..em..em..mee goreng!

Suami: Itu bukan menu raya!

Me: Emm..emm..emm..nasi ayam!

Suami: Ish, leceh tu nak bangun pagi-pagi. Nak menggoreng ayam pulak. Nak bawak terus pagi-pagi pergi office! Kita tempah satay je lah!

Setelah beberapa hari brainstorm, akhirnya me decide nak buat Nasi Arab Kabsa. Periuk Noxxa dah ada. Beli tahun lepas. Mudah nak masak nasi banyak-banyak. 3 minit sahaja siap. Tinggal perlu bersusah payah potong memotong untuk dibuat acar manakala sos salatah blend sahaja. InsyaAllah sempat nak siap semua sebelum jam 8.30am.

RESEPI NASI ARAB KABSA GUNA PERIUK NOXXA

Bahan-bahan untuk Nasi Arab Kabsa

7 pot beras Faiza Basmathi
Ayam 1 1/2 ekor
2 set rempah - rempah kasar & rempah nasi

*Rempah ni bonda mertua Azie ada jual
Air 1.5 liter 
3 biji bawang holland 
4/5 ulas bawang putih 
Garam 2 sudu kecik +  gula 2 sudu kecik 
Kiub ayam 2 ketul






Cara masak Nasi Arab Kabsa

1. Beras basuh siap-siap. Kemudian tos sampai kering. 

2. Guna fungsi STIR FRY.  Tumis bawang + rempah kasar smpai naik bau. 

3. Masuk rempah serbuk kacau sehingga sebati. Masuk sekali dengan kiub ayam. Garam. Gula. Letak air sedikit dulu. Bila air mendidih masukkan kesemua ayam (1 1/2 ekor). Bila ayam sudah hampir separuh masak masukkan kesemua balance air tadi. Tunggu sehingga air mendidih. Masih lagi dalam fungsi/mode STIR FRY.

4. Ayam hampir masak & mendidih baru masukkan beras. Kacau sedikit sehingga sebati.

5. Tutup dengan tudung periuk NOXXA. Putar tombol pengawal tekanan di atas tudung ke PRESSURE dalam kedudukan bawah. Tukar mode/fungsi kepada HIGH PRESSURE selama 3 minit.

6. Setelah berbunyi. OFF kan periuk. Putar tombol pengawal tekanan di atas tudung ke STEAM dalam kedudukan atas. Tunggu selesai semua wap dibebaskan baru buka tudung periuk.





Resepi acar nasi arab

Timun - dipotong dadu

Tomato - dipotong dadu
Carrot - dipotong dadu
Bawang besar merah - potong bulat hiris halus
Daun ketumbar - potong halus

Cili merah - potong halus
Cuka
Garam
Gula

Kalau tak suka bawang besar dan cili tak perlu masukkan. Azie ikut style Bonda punya acar, mesti ada bawang besar dan cili. Suami kata dia pun prefer ada bawang besar dan cili sebab lagi mengancam rasanya! Chinese colleague suka sangat acar ni :))

Cara buat senang sahaja. Gaul semua dan perasakan dengan cuka, garam dan gula.





Resepi Sos Salatah Nasi Arab (formula untuk 5 orang makan)

1 batang timun *blend
2 biji tomato *blend
2 biji cili besar *blend
Batang ketumbar *blend
Gula *blend
Garam *blend
Limau Nipis

Untuk 7 pot beras azie kali dengan 4 bahan-bahan di atas. Selesai blend kesemua di atas perahkan limau nipis dan gaul sebati.





Selesai! Sup nasi arab suami kata tak perlu sediakan. Tak pasal tumpah nanti masa corner lipat nak pergi ofis :P


1 comment:

  1. terus lapar..hihi.. mcm senang je buat nasi arab ni. takde keberanian lg nak buat. hihi

    ReplyDelete