O-Cedar ProMist Microfiber Spray Mop Review


Assalamualaikum dan salam Monday Blues. Lama tak ikuti perkembangan household essentials terutamanya cleaning tools. Dah 9 tahun guna mop konvensional. Huihhh, sakit pinggang hakak ni terutama yang besar bulu-bulunya tu. Bila celop dalam air angkat untuk diperah, mak aihh berat nanang! Sebenarnya boleh kira dengan jari i yang mop. Tak terhitung dengan jari suami yang mop. I love u suami! Hihi.

Tapak kakiku ini agak sensitif. Kalau lantai tak mop boleh rasa ketidakselesaan pada tapak kaki. Tapak kaki jenis lembap jadi habuk mudah melekat pada tapak kaki. Tak best. Tak best. Lagi satu rumah perlu sentiasa mop dengan air panas + natural detergent supaya lantai bersih dan bebas bakteria terutama yang ada anak kecik merangkak2 sekeliling rumah. Kalau jenis kulit sensitif atau antibodi lemah boleh jadi gatal kulit atau ekzema kalau kena habuk atau persekitaran tak bersih. 

My sister memang clean freak. Dia siap beli steam mop untuk rumah sejak ada Haura. Pergi rumah dia tip top berkilat. Sejenis yang well organized. Dulu zaman-zaman berkongsi bilik, baju-baju semua dilipat sekata macam ukur pembaris. Huhu.

Since rumah kiteorang tiada baby or kanak-kanak spray mop dah memadai. Lama dah hunting spray mop. Banyak jenis dan banyak harga di pasaran. Azie prefer beli offlline sebab nak tengok sendiri, nak pegang sendiri, nak belek-belek spray mop sebelum beli. Azie percaya mesti ada sebab kenapa setiap mop berbeza harga.

Pilihan pertama adalah Rubbermaid Reveal Spray Mop. Boleh cari di AEON atau Ace-Hardware. Harga dalam RM99. Tapi malangnya Rubbermaid Reveal Spray Mop temporary out of stock di kedua-dua tempat berdekatan rumah yang azie pergi. Cawangan lain mugkin ada. Malas nak ulang check stock banyak kali, akhirnya O-Cedar ProMist Microfiber Spray Mop yang menjadi pilihan.

 O-Cedar ProMist Microfiber Spray Mop


Pernah dengar O-Cedar ProMist Microfiber Spray Mop? Ohoooiii, This is the best mop I've ever used. I love this mop to the max. Kalau tahu best gini spray mop nya lama dah kubeli. Ni dah masuk tahun 2017 baru nak wujud spray mop dalam rumah. Sangat ketinggalan okeyyy. 


Takperlu angkut baldi kehulu kehilir atau ulang alik ke tandas untuk bersih mop. Tak perlu perah-perah kotorkan tangan. Spray mop ni easy peasy. Press button untuk eject bottle keluar. Mulut botol yang luas senang nak cuci atau nak refill air. Masukkan air panas + 2 sudu teh natural detergent dan goncang-goncang sebati. Kemudian press semula button tadi untuk masukkan semula bottle dalam ruang yang disediakan tekan kuat sampai bunyi click. Lock-unlock bottle boleh dipercayai. Mop style macam mana pun bottle tu takkan jatuh tergolek atas lantai. Tetap stay di batang mop. Kukuh! (Bila nak beli spray mop..features ni yang paling penting). 


Handle cedar mop luas, comfortable grip. Tapak tangan tidak rasa menderita malah amat selesa untuk kerja-kerja mop. Spraynya pun best. Rasa nak tekan banyak-banyak kali. Air semburan yang keluar meliputi luas permukaan yang agak luas. 


Material mop ialah microfiber pad maknanya jenis lekat habuk & rambut. Azie tertarik dengan microfiber pad O-Cedar ni sebab dia ada tekstur. Ada millions microscopic fibers untuk scrub. Selain itu, O-Cedar pad kukuh tak tercabut dan lekat elok pada mop. Microfiber pad ni washable maknanya boleh basuh dalam mesin basuh sehingga 100 kali cucian. Memang tahan lasak. Refill microfiber pad ada dijual di Ace Hardware. Harga dalam RM66. Kalau nak refill yang disposable (pakai buang pun ada). Contohnya untuk mop porch kereta yang confirm-confirm hitam dan kotor kan. Tak payah nak selalu basuh. Memang praktikal! 


Kepala mop mudah control dan sangat fleksibal sampai 360 darjah. Senang ya amats untuk control kerja-kerja mop corner atau celah-celah perabut tanpa perlu adjust perabut. Sangat best!


Datang dengan hanya satu warna iaitu merah sahaja, tak perlu assemble sendiri. Spray mop didatangkan dalam complete set. Harga RM194 di Ace Hardware. A bit pricey but worth it. Alah membeli menang memakai. Boleh semak spray mop lain-lain jenama di SINI . 

Jadi untuk spray mop O-Cedar azie bagi 5 bintang! 🌟🌟🌟🌟🌟


1 ulasan: